Friday 8 August 2014 0 comments

Me?

A New Entry, A New Story.


 Shy/ or currently going through a rough time
You are often shy with people you don't know or new people. You feel intimidated by people who are popular and bullies. This makes you a nice person. When you know the person you are very outgoing and feel comfortable with them. You are kind of lonely at times and spend a lot of time at home. You like to be around people that make you laugh and feel good about yourself. You are also very cute :)

hmm yeah that's right. the shy part is absolutely correct but cute? nahh.. =_="
0 comments

Who I Was Meant To Be?

A New Entry, A New Story.
 
Monday 21 July 2014 0 comments

Wait For Me? No Thanks! Part 2

A New Entry, A New Story.

continue yang hari tu...
so after a long time, he finally admit it.
no, i make him admit it.
dia suka aku..
siap cakap i love you.
hari sebelum tu, aku ada mimpi aku jumpa dia..
aku bagitau dia dan dia kata mimpi tu dah jadi kenyataan..
honestly, aku selalu dengar orang cakap yang mimpi dan realiti adalah berlawanan..
tapi tak kan nak cakap macam tu kot? gila la. kecik hati dia kang.
aku pun belum cakap aku setuju nak jadi girlfriend dia tapi dia dah anggap aku setuju..
I was freaking out.
akhirnya aku paksa dia tidur sebab masa tu dah 1 pagi kat California..
kang tak pasal-pasal dia sakit pulak sebab tak cukup tidur..
hey aku tak suka dia tapi still as friend, aku concern pasal dia.
dia macam berat hati nak tido jer.. ceh!
lepas aku paksa dia dan promise untuk chat esok, baru dia mengalah.
akhirnya dia cakap i love you sebelum offline..
hohoho ~ nak muntah aku. geli semacam.
esoknya... tau apa yang berlaku?
dia hantar relationship request kat fb aku..
aku dah terpempam.. tak sangka dia serius nak aku jadi gf dia.. buat lawak ker apa mamat nih?
takut betul aku..
tapi aku ignored. sorry dude, i love you only as a good friend.
aku rasa macam manusia yang jahat jer..
ye la.. buat orang mengaku yang dia suka aku then aku reject.
jahat kan? huhu..
rasa bersalah dan sedih memang ada..
aku ada buat sesuatu untuk suruh dia lupakan aku..
tapi jawapan yang aku dapat adalah sebaliknya.. dia tak cakap kat aku, dia cakap kat JD, 'secret twin' aku.
dia sanggup tunggu aku graduate sebab tak nak kacau pelajaran aku supaya aku dapat capai cita-cita aku sebagai seorang peguam. (mental note: dulu cita-cita aku nak jadi peguam, tapi parents aku tak approve..)
wow.. amazing!
hahaha ~ lol.. satu pun aku tak percaya.
aku cuma flirt dia jer.. dan aku rasa dia pun flirt aku gak!
hahaha ~
anyway aku dah lama tak chat dengan dia selepas kitaorang buat macam tu.. maksud aku, JD yang buat. bukan aku.
bila aku nak tanya khabar dia, aku visit wall dia dulu..
then aku terbaca perkataan boyfriend dgn simbol love daripada seorang perempuan..
wow.. dia like comment tu..
hahahaha kan? nasib baik aku tak caya benda tu.
 
to be continue.

*copied and edited from my previous blog*
Saturday 12 July 2014 0 comments

Wait For Me? No Thanks! Part 1

A New Entry, A New Story.

hey! dah berapa hari aku tak muncul? haha baru-baru ni aku teringat kisah yang berlaku masa aku Form 3, after PMR. ini sekadar coretan kenangan beberapa tahun dulu, yang sentiasa terpahat dalam hati aku, yang aku tak mungkin dapat lupakannya. haha cerita ni  merepek sangat, as usual tapi memandangkan ni blog aku, suka hati aku lah nak tulis apa kan? huhu..

aku mula rapat dengan seorang jejaka Jepun yang tinggal di California...
his name is Takahiro Txxxxxxx (nama diubah) mulanya kita orang hanya kawan biasa..
dan dia pun terkejut kerana aku add dia sebab kitaorang totally strangers.
hahaha ~ kelakar rasanya. sebenarnya, aku pun memang tak kenal dia..
aku add dia sebab aku cari orang yang aku minat dan aku ter-add dia sebab nama awal dia sama dengan jejaka yang aku minat.
sejak tu kitaorang mula rapat. almost tiap-tiap hari chat hampir 2 jam..
tambahan pula, waktu di Malaysia jauh berbeza dengan waktu di sana.
California lewat hampir 16 jam berbanding Malaysia. Jadi kalau aku mula chat dengan dia bermula jam 3 petang,
waktu di sana lebih kurang jam 11 malam hari sebelumnya.
tapi sejak beberapa hari ini aku mula perasan sesuatu..
bukan aku nak perasan yang dia suka aku LOL! that's so shite and nonsense tapi aku dapat sense..
dia semakin ambil berat tentang aku..
sentiasa cuba untuk menceriakan aku..
dan yang paling mengejutkan aku, dia sanggup tidur kira-kira jam 1 pagi, semata-mata untuk chat dengan aku dan dia sanggup tunggu hingga aku online!
OMG! well, well.. tak, aku rasa dia mungkin dia ada keje nak dibuat atau main game tapi dia cakap dia tunggu aku online.
malah, dia pernah tanya aku, kenapa tak berminat nak ada teman lelaki..
aku jawab dengan selambanya, mungkin aku nak teman lelaki pertama aku ialah suami aku.. hehehe ~
tiba-tiba dia tanya, macam mana kalau lelaki itu ialah dia?
aku rasa lucu mula-mula..
jadi aku jawab, aku tak kisah asalkan dia sayang aku.. hahaha ~
dia cakap, for sure.
terkejut aku! aku tanya dia, for sure? what do you mean?
dia jawab never mind..
selama ini aku dah kawan dengan ramai lelaki tapi dia lelaki pertama pernah tanya soalan yang paling kelakar macam tu..
aduh, merah muka aku.. aku pernah tanya dia kenapa dia concern sangat pasal aku..
dia jawab sebab aku kawan dia dan honestly, aku cakap dia macam teragak-agak nak bagi jawapan...
bukan berniat nak menguji perasaan orang lain,
tapi aku cakap, kawan aku pun tak adalah yang concern sangat-sangat dengan masalah aku, dia pulak macam husband aku yang mesti share problems.. hahaha ~ merepek pulak =)
malah bila aku rasa macam nak menangis sebab kawan baik aku nak pindah sekolah, (pindah sekolah jer, kitaorang bukannyer tak boleh jumpa.. jiran lagi tu.. naik bas sama.. itu pun emo sangat bila dia nak pindah sekolah.. )
dia cakap janganlah menangis.. aww.. senang cakap dia cuba pujuk aku..
ish! ish! ish! tapi lepas tu dia cakap menangislah puas-puas supaya aku lebih tenang..
hmm.. pelik pulak rasanya dia lelaki pujuk.. bukan tak pernah, tapi masa sekolah rendah tu biasalah..
tapi bila dah masuk higher form, rasa malu pulak.. hehehe ~
lepas aku tanya macam-macam soalan yang bukan bertujuan untuk memprovok dia,
dia terjawab, I always think about you..
Oh man! dia selalu fikir pasal aku? ish, pe hal pulak.. melalut banyak mamat ni.
tapi terkejut sangat, jawapan yang sangat 'jujur'.. kagum aku.. sama ada dia betul-betul jujur atau tak, aku tak tahu. but perhaps tak.
bila aku tanya kenapa? dia cakap, tak tahu.. tapi aku selalu di fikiran dia..
alahai ~ manis mulut betul kan dia?
mental note : tolonglah jangan perasan ek..
let's see what will happen ...
to be continue, maybe.

haha coretan ni akan bersambung! 

#copied and edited from my previous blog.
Thursday 10 July 2014 0 comments

Kekasih Cantik

A New Entry, A New Story.


Bila kita ada someone special yang sentiasa menjadi centre of attention, apa kita rasa? Ha.. hari ni aku nak merepek pasal ada kekasih yang cantik dan membuatkan kita rasa tak cantik. hensem kot? haha tak kisahlah. apa perasaan korang kalau kita yang biasa-biasa jer ni berdampingan dengan kekasih yang handsome gila @ stunningly beautiful? entri ni aku tulis untuk kawan aku, Mr. S yang sangat risau orang lain rampas girlfriend dia merangkap kawan baik aku yang cantik. aku tak bermaksud nak cakap Mr. S tak hensem, or whatsoever tapi memandangkan dia risau sangat, aku cuba untuk tolong dia sikit. sikit jer lah haha

biasanya kalau perempuan ni hati dah betul-betul sayang, susah dia nak berpaling. macam aku, dah 8 tahun. okay berhenti merepek. apa-apa pun tak perlulah rasa risau. yang paling penting ialah percaya terhadap pasangan. trust is love, and love is trust. anyway apa nak buat?

pertama, berkomunikasi dengan lembut. talk with confident, be honest and approach her softly. ini akan membuatkan teman wanita anda rasa senang berada di samping anda.

kedua, be funny and spontaneous! semua perempuan suka lelaki yang kelakar dan spontan. sukar dinafikan lelaki yang mempunyai sense of humor yang tinggi sebenarnya lebih menarik di mata perempuan. A good sense of humor is attractive, reveals intelligence, creativity, and other good genes.

ketiga, jadilah lelaki sejati. perempuan selalunya ingin merasa percintaannya romantis. jadi, belajarlah cara-cara untuk memberikan cinta yang sensual supaya perempuan sentiasa teringat pada anda.

keempat, buat wanita yakin. apa yang hendak dihairankan kalau perempuan cantik jatuh cinta pada lelaki yang kurang tampan? tidak semua perempuan pentingkan paras rupa. mungkin juga lelaki itu tampan dari sudut pandangannya, bukan pada rupa tetapi keperibadiaanya. remember, beauty is in the eye of the beholder. cuba ingat balik fairy tale Beauty and The Beast, mungkin itu boleh buat kita rasa tenang.

yang terakhir, penat merepek! be matured. lelaki yang perangai macam budak-budak ni, kadang-kadang comel, kadanga-kadang macam nak mintak penyepak jer. oleh sebab itu, perempuan lebih suka lelaki yang matang tapi tidak terlalu serius. at least he still knows how to have fun! perempuan akan senang bila dia boleh mengandaikan lelaki seperti ini untuk menemani hidupnya.

jadi aku rasa itu jer lah yang aku boleh tolong. ini sekadar coretan saja-saja tapi diharapkan dapat mengurangkan perasaan risau dia tu hah.. okaylah, masa merepek sudah tamat. maaf jika ada silap dan salah. see you next time! Fin.
Wednesday 9 July 2014 0 comments

Looking for D

A New Entry, A New Story.

bila fikir-fikir balik, macam tak percaya dah nak dekat 2 tahun tinggalkan kem PLKN. okay fine 1 tahun 9 bulan kot. PLKN sememangnya mengajar aku untuk lebih 'open' dengan dunia sekeliling. kat PLKN aku banyak belajar macam-macam. dari seorang yang lebih suka duduk sorang-sorang, aku belajar jadi lebih 'friendly' dan aku sangat-sangat terharu dengan semua orang yang suka "hai! hai!" aku walaupun aku ni hm.. tak ingat siapa korang. haha aku kan jenis yang tak peduli sangat pasal orang lain. aku susah nak ingat nama orang. kalau aku ingat nama, aku lupa rupa dan vice versa. tak lah teruk sangat kan? hehe..

tapi apa yang aku nak coretkan kat sini ialah pasal seorang kawan yang aku kenal, cuma dalam tempoh dua hari dan aku tak pernah jumpa dia dah lepas tu. just call him D. aku kenal dia masa kitaorang mula-mula masuk satu kelas masa kat kem, dan satu kumpulan. sebelum aku masuk kelas, seperti biasa, azam aku untuk jadi budak paling pendiam dalam kelas. haha dan macam biasa, benda tu tak pernah terjadi! haha aku memang tak boleh jadi pendiam kot? haha okay sambung cerita, aku ditempatkan dalam satu kumpulan seramai 12 orang termasuk aku. disebabkan semua tak ada idea nak bagi nama kumpulan, D dengan selamba bagitahu cikgu nama kumpulan kitaorang Cendol. well, I think that's quite funny. aku rindu kumpulan Cendol! awww.. haha anyway, Cendol ada 12 orang ahli, termasuk aku. 7 lelaki dan 5 perempuan. lelaki : Alim, Thanesh, King, Ewan, Fikri, D, dan Daniel. perempuan : aku, Cyta, Chan Ai, Xiao Yuen dan Jaga. boys dalam group aku sangat friendly dude! hahaha King dan Thanesh macam kembar yang selalu cakap hai kat semua orang. Ewan dok lekat ngan Fikri. Alim macam dah matured sangat tapi pada hal semua tu imej jer hahaha dia pun gila-gila gak. D, orang yang bertanggungjawab memberi nama kumpulan aku Cendol, nampak garang tapi aku percaya dia baik sebenarnya. macam tak percaya tapi aku mula berkawan dengan boys start dengan diorang lah. thanks to them aku belajar biasakan diri dengan perubahan ni sebab selama ni aku sekolah kat Convent High School yang mana semua pelajar perempuan. 

enough for introduction, lepas 2 hari kitaorang berseronok (bagi akulah), kitaorang dikejutkan dengan berita D dikejarkan ke hospital sebab sakit. bila ingat balik, memang malam tu lepas solat Maghrib kat masjid ada seorang wira pengsan. betul-betul depan aku. cuak gak aku sebab tak pernah tengok orang pengsan live depan aku. beberapa orang budak tolong papah dia keluar dan lepas tu dia muntah. keadaan kecoh kejap sampailah ambulans datang. aku tengok jer, yer lah apa yang aku boleh buat kan? aku cuma mampu doakan dia kembali sihat walaupun aku sebenarnya tak kenal pun sapa dia. jadi bila masuk kelas keesokan harinya, aku baru tau yang D yang pengsan semalam. itu pun sebab aku tanya yang ahli yang lain. okay ironinya aku cuma sempat chat dengan dia sekali jer! like what the hack??? tu lah poyo sangat nak jadi manusia yang paling pasif dalam kelas. I must admit that I quite regret about that. aku ingat lepas dia keluar hospital, kitaorang boleh lah spend time chatting like others in the group but then, he left. just like that. lepas dia keluar hospital, dia keluar PLKN sekali. sebab? sebenarnya dia ada masalah jantung. aku tak pasti apa tapi diorang cakap jantung dia bengkak. damn.. aku pulak yang risau tak tentu hala. aku nak tanya kat boys lain dalam group aku, diorang pun tak tahu apa-apa. aku tanya bila dia keluar pun diorang tak tahu, tau-tau jer dia dah balik. nak wat macam mana, redha jer lah. paling tak boleh blah, aku bad mood 2 minggu lepas aku dapat tau pasal ni. dan aku pun tak tahu kenapa aku dok nyanyi lagu Nilai Cintamu bagai nak rak hari-hari dan lagu tu stuck dalam kepala aku. ish ish ish...

tamat PLKN benda pertama yang aku buat, bukanlah yang pertama pun tapi yang penting, aku cuma cari dia. no phone numbers, no address, no emails, nothing. apa yang aku tahu, dia berasal dari Selangor. Cheras, to be specific if I'm not mistaken. tapi macam mana nak cari dia? aku try Google+ ( my bff's idea haha) dan Facebook tapi tak jumpa apa-apa. sampai sekarang aku tak jumpa dia. satu-satunya kenangan yang aku masih simpan pasal dia ialah buku latihan PLKN dia yang aku ambik dan bawak balik, masih tersimpan dalam almari aku. memandangkan tak ada siapa pun yang peduli pasal buku tu, aku simpankan jer lah. dalam tu pun, sepanjang aktiviti yang kitaorang buat bersama, tak ada apa-apa yang boleh tolong aku untuk cari dia. hmmm... :(

persoalannya sekarang, kenapa aku nak sangat cari dia? that's it. why??? haha aku pun tak tahun kenapa. mungkin sebab aku regret aku tak layan dia masa dia try to be nice and talk to me. mungkin sebab aku risaukan dia sebagai seorang kawan, yang semua roommates aku fikir aku sebenarnya suka dia dan teori tu sangat kelakar sebab aku pun tak kenal dia sangat. it doesn't make any sense. mungkin sebab aku nak dia at least kalau nak balik pun, give us a proper goodbye because I think we deserve it. apa-apa pun, aku harap kat mana pun dia atas muka bumi ALLAH yang luas ni, dia sentiasa sihat wal afiat. aku nak sangat jumpa dia sekali lagi, how I wish! aku nak sangat-sangat tengok dia lepas semua yang berlaku ni. aku tak cakap aku rindukan dia, itu pelik. aku akan sentiasa doakan semoga dia sentiasa dirahmati ALLAH SWT di mana jua pun dia berada. tapi kelakarnya, aku tak rasa aku akan cam dia kalau betul kitaorang jumpa suatu hari nanti. aku cuma tengok dia selama 2 hari jer, aku pun dah lupa macam mana rupa dia hahaha tapi aku nak jumpa dia. itu jer yang pasti. aku harap doa aku akan dimakbulkan, in shaa Allah. 

dah cukuplah merepek untuk malam ni. see you again!
Tuesday 8 July 2014 0 comments

Hello!

A New Entry, A New Story.

Hi! So this is my first entry. It's going be more! This blog is named I Believe. trust me, I'm not a fan of Justin Bieber if you think so. haha I Believe is a song by EXILE, one of the best band ever and one of my favourite! so here we go ~


I Believe basically one of the way to encourage myself to believe in good things around me. There are many good stuffs happen around us, things that we might take for granted, things that we don't even bother to give a sh*t etc. So take a second to think bout it and be thankful for everything. Fin.
 
;